Semoga artikel yang dipaparkan dapat mengisi ruang hati dalam mencari keredhaan ALLAH.Denyutan nadi akses kehidupan.
IQRA.
Membaca memantapkan pemikiran.
Rabu, 18 November 2009
Isnin, 16 November 2009
TAZKIYAH; MISTERI GEMPA PADANG
Jam 17.16 sore.Surah Al-Isra [17] ayat 16;
"Dan jika kami hendak membinasakan satu negeri,maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri tersebut[supaya mentaati Allah],tetapi mereka
melakukan kederhakaan dalam negeri tersebut.Maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya
perkataan[ketentuan kami],kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya"
Jam 17.38 sore. Surah Al-Israa[17] ayat 38;
" Segal yang tersebut ituadalah kejahatan amat dibenci di sisi Allah"
Semoga kejadian yang menimpa Padang menjadi pengajaran kepada kita agar sentiasa mengamalkan Amal Makruf dan nahi mungkar.
Khamis, 12 November 2009
Pecutan Belajar
1. Betulkan Niat.
Maksud Hadis Nabi SAW " Setiap amalan bermula dengan niat.Setiap orang
akan mendapat apa yang diniatkan"[HR Bukhari & Muslim]
2. Kawan Baru.
Berkawan dengan orang baik-baik sahaja,baik akhlak,suka menolong orang
susah,ringan tangan,rajin ibadah dan tidak menyusahkan orangCuba sebaik
mungkin bekerjasama dan toleransi dengan kawan-kawan
3. Jaga Nama Baik Sekolah.
Tanamkan rasa bangga dan mempertahankan nama baik sekolah tempa anda
menuntut ilmu.
4. Sayangi Guru.
Sukalah semua guru terutama yang mengajar anda.Ucapkan terima kasih setiap
kali lepas dia mengajar. Mohon maaf jika anda melakukan kesalahan.Tanamkan
rasa ikhlas dan berlapang hati terhadap guru.
5. Suka Semua Subjek.
Sukailah semua matapelajaran yang diambil.Lengkapkan diri dengan buku teks,
buku rujukan,buku nota dan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
6.Hadir Semua Aktiviti Sekolah.
Semua sekolah meyediakan pendidikan yang holistik[menyeluruh] buat anda.
7. Cergas Dalam Kokurikulum
Akitiviti kokurikulum sebenarnya mengajar anda hidup bermasyarakat. Di samping itu anda dapat
memiliki kemahiran tertentu dan mengembangkan skop pemikiran minda anda.
Isnin, 2 November 2009
NALURI INSAN
CIRI-CIRI SEORANG SAHABAT;
1.Menjaga hubungannya dengan Allah.
2.Menjaga hubungan dengan manusia,
3.Menjaga Agama dan kehormatan diri.
4.Taat kepada Ibu bapa.
5.Bercita-cita tinggi.
6.Bijak mengurus masa.
7.Tidak mementing diri sendiri.
'' Pandangan mata sifatnya menipu,pandangan akal sifatnya pula boleh keliru. Pandangan nafsu selalu melulu.Pandangan yang paling tepat dan hakiki ialah pandangan Mata Hati.''
Ahad, 1 November 2009
Agama
ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH
Maksud Hadis: " Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman, sesiapa memusuhi waliKu, Aku mengisytiharkan perang terhadapnya..Tiada amalan yang mendekatkan diri kepadaKu yang lebih Kusukai daripada amalan yang Aku fardukan. HambaKu yang mendekatkan diri kepadaKu dengan sentiasa melakukan amalan sunat Aku akan mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya pendengarannya, penglihatannya, tangannya, yang digunakan yntuk memegang dan kaki yang digunakan untuk berjalan, semua berdasarkan keredaan dan kawalanKu. Jika dia meminta kepadaKu, Aku akan memperkenankan-Nya dan jika
dia memohon perlindunganKu, Aku akan melindunginya.
Langgan:
Catatan (Atom)