IQRA.

Membaca memantapkan pemikiran.

Khamis, 9 Disember 2010

HADIS QUDSI.


INGATLAH ALLAH KETIKA SEDANG MARAH.

BERKATA Anas R.A. bahawasanya Rasullah SAW telah bersabda:
Allah telah berfirman: "Sesiapa yang ingat kepadaKU ketika dia marah, maka Aku pula akan mengingat kepadanya ketika Aku marah, dan tidaklah Aku akan membinasakannya bersama-sama orang-orang yang Aku binasakan."
[HR Dailamy]

Manusia apabila marah lupa segala-galanya. Fikirannya sudah tidak tergendali lagi.
Ketika itu segala kata bicara dan tindak tanduknya tidak terkawal disebabkan api kemarahan yang menguasai jiwa dan nafsunya. Kecuali kalau dia mengingati Allah SWT.
Pernah Rasullah SAW ketika melihat seorang yang sedang marah menyuruhnya supaya berwuduk. Apabila seseorang itu berwuduk, fikiran dan hatinya akan tertumpu kepada solat, ataupun membaca Al-quran ataupun bersangkutan dengan mengingati Allah SWT.

Allah SWT menerusi hadis qudsi ini mengingatkan kita supaya selalu mengingatinya
ketika kita mula hendak marah,supaya api kemarahan itu tidak bersemarak untuk menguasai jiwa dan nafsu kita, sehingga kita melakukan hal-hal yang membimbangkan,
membahayakan, atau yang membinasakan disebabkan pada masa itu perasaan kita tidak dapat dikawal.


Sambil mengingati kita supaya mengingatiNya ketika marah. Allah SWT telah berjanji
akan meneingati kita ketika Dia marah.Kemudian allah menambah lagi bahawa Dia tidak akan membinasakan kita, sebagaimana Dia membinasakan oran menguasai dirinya daripada sifat marah.g-orang lain apabila Dia murka terhadap mereka. Itulah janji Allah yang sungguh mengembirakan bagi orang-orang
yang dapat



SOMBONG
ORANG SOMBONG ITU AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT BERUPA ORANG YANG SEKECIL SEMUT
DILIPUTI DENGAN KEHINAAN DARI SEGALA TEMPAT.MEREKA MASUK NERAKA DAN DIBERI MINUM DARI thinatulkhabaal IAITU DARAH BERCAMPUR NANAH DARI AHLI NERAKA.- hadis Nabi
sanadnya dari Kabul Akbarr.

Isnin, 22 November 2010

HADIS QUDSI



BERZIKIR KEPADA ALLAH .

BERKATA Abu Hurairah bahawasanya Nabi SAW telah bersabda :"ALLAH telah berfirman : " Aku ditentang sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku sentiasa ada bersamanya ketika dia mengingatiKu[berzikir kepadaKu].Jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Akupun akan mengingatinya di dalam diriKu. dan jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Akupun akan mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari kumpulannya".

Berzikir memang amat penting bagi setiap muslim. Berzikir merupakan satu ibadah yang tidak terikat dengan sesuatu syarat. Berzikir kepada Allah, dibebaskan kita mengucapkannya di mana-mana saja, asalkan tidak di tempat kotor seperti di tandas.
Marilah berzikir, agar masa tidak berlalu tanpa sia-sia. Orang yang sanggup melakukan seperti ini, tentulah pahalanya berganda-ganda dan Allah sentiasa ada bersama-samanya dan tetap memeliharanya.

Isnin, 1 November 2010

Adab Islamiyyah




ADAB MENJAGA ORANG SAKIT.
Aspek yang perlu diberi perhatian terhadap orang sakit.

Aspek Fizikal:
1. Memastikan kebersihan tubuh badan,pakaian dan tempat pesakit.
2. Menghantar pesakit ke tampat rawatan yang sesuai.
3. Mengingatkan pesakit supaya memakan ubat mengikut jadual.
4. Memberi kerehatan yang secukupnya kepada pesakit.
5. Bertanya tentang keinginan dan keperluannya.

Aspek Rohani:
1. mengingati pesakit supaya sentiasa mengingati Allah SWT.
2 Memberi peringatan kepada pesakit bahawa sakit adalah sebahagian daripada
ujian Allah supaya sabar dan tabah.
3. Mengingati pesakit supaya menunaikan solat lima waktu.
4. Membantupesakit menjalankan kewajiban kepada Allah SWT.

Aspek Emosi:
1. Gunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut.
2. Memahami keperitan menanggung sakit.
3. Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka manis.
4. Sabar mendengar rungutan dan tingkahlaku pesakit.


KOnklusinya, marilah kita mewujudkan silaturrahim sesama Islam.Menziarahi pesakit dapat meringankan penderitaan yang ditanggungnya.Di samping itu,dapat mendyukuri nikmat dan kesihatan kita.

Rabu, 6 Oktober 2010

DEFINISI

1. KAPITALISME:
Membenarkan dan menggalakkan amalan riba. Setiap individu diberi kebebasan mencari harta.
Tidak ada orang yang berhak campur tangan apa yang ada di tangan setiap individu.
Mengamalkan sistem monopoli kerana melalui cara ini keuntungan yang besar dapat diperolehi.

2. SEKULARISME.
Memisahkan urusan keduniaan daripada urusan agama. Penindasan dan kezaliman berlaku apabila agama dipinggirkan.
Manusia bebas melakukan apa saja untuk memenuhi kepuasan hidup.


3. LIBERALISME :
Ekstrim dalam memberikan kebebasan kepada individu dan membenarkan kezaliman dalam mengumpul harta.
Wujud penindasan golongan kaya terhadap golongan miskin.
Berlakunya persaingan yang tidak sihat dalam bidang ekonomi.
Individu bebas daripada nilai-nilai agama.
Mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan hak orang lain.


4. SOSIALISME:
Penghapusan hak milik seseorang terhadap harta dan menjadikannya milik negara atau milik bersama rakyat.
Agama adalah candu masyarakat.
Hak milik diserahkan kepada negara. Negara menjadi pemilik besar terhadap sumber-sumber kekayaan dan segala harta benda.
Individu dalam masyarakat tidak ada kelas-kelas tertentu. Semua sama-sama mendapat peluang pelajaran,kesihatan dan jaminan sosial di hari tua.


5. UTOPIA:
Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilaksanakan.


6. BUDAYA:

Keseluruhan budaya hidup yang merangkumi cara bertundak berkelakuan cara berfikir serta segala hasil kegiatan kegiatan atau kerohanian sesuatu masyarakat.


7. UNIVERSAL : Sarwajagat,meliputi seluruh alam.


8. TAASUB : Fanatik,kuat pegangan agama atau keyakinan keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang.

Tasawwur Islam

MURUNAH.

Definisi Murunah : Murunah bermaksud luwes atau anjal iaitu ajaran Islam yang dibawa olah Nabi Muhammas SAW boleh berubah mengikutn kesesuaian, namunprinsip asasnya masih tetap. Islam memberikan kelonggaran dalam perkara-perkara cabang[furu] atau oerkara-perkara yang dijelaskan umum mengikut kesesuaiannya. Dalil menunjukkan ajaran Islam bersifat murunah ialah sebagaimana firman Allah bermaksud: " Oleh itu, maka [tetapkanlah kepercayaanmu],[sekali lagi ditegaskan]: bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."[QS Al-Insyiraah:5-6].

PRINSIP MURUNAH.

1. Islam Agama Yang Mudah.
Allah SWT telah menetapkan segala perintahnya kepada umat manusia berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidak membebankan mereka.
Contoh:
i. Kewajiban menutup aurat.Islam emberi kemudahan kepada umatnya mempelbagaikan fesyen asalkan tidak melanggar batas-batasnya.
ii. Ibadat puasa dalam bulan Ramadan hanya dilakukan pada waktu siang sahaja dan boleh ditinggalkan[atas sebab munasabah].Kemudian boleh qada jika keuzuran.
iii. Ibadat haji hanya sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan.


2. Dilaksanakan Mengikut Keadaan Dan Kemampuannya.
Allah SWT telah memberi beberapa kelonggaran atau kemudahan untuk hambanya bagi memastikan mereka melakukan ibadat pada setiap masa dan tempat.
Contoh:
i. Ibadat solat fardu tetap wajib dilakukan walaupun seseorang itu sakit atau musafir. Islam emberikan kelonggaran dalam melakukannya seperti solat dalam keadaan duduk, berbaring ataupun solat jamak atauqasar bagi yang bermusafir.
ii. Hendak mendirikan solat tetaoi tidak ada air untuk berwuduk,maka dibenarkan bertayammum.

Ahad, 29 Ogos 2010

IMAN


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN.
1. SYIRIK.
[A] Apakah maksud syirik?
Menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain pada zat,sifat dan afal[perbuatan-
nya].

[B] Syirik terbahagi kepada syirik Jali dan syirik khafi.
Nyatakan maksud serta contoh kedua-dua syirik tersebu?
Maksud syirik Jali : Menyekutukan Allah dengan makhluk secara terang-terangan.
Contoh : sujud kepada patung[sembah berhala].
Maksud syirik khafi: Menyekutukan Allah secara tersembunyi.Tidak meletakkan
Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam
ibadat.
Contoh : -Perasaan riya[menunjuk-nunjuk kehebatan diri,
-takbur[bangga diri].
-ego,ujud[kagum dengan diri sendiri].
- sum'ah[buat sesuatu untuk dipuji].

[C] Apakah akibat perbuatan syirik tersebut terhadap individu muslim?
> Rosak aqidah[murtad]
> Berdosa besar.
> Mendapat azab di akhirat.
> Dibenci masyarakat.
> Hilang kawalan emosi.
> Sukar menerima pendapat orang lain.

Selasa, 3 Ogos 2010

KONSEP INSAN

DEFINISI INSAN.
MAKHLUK ISTIMEWA CIPTAAN ALLAH SWT YANG DIKURNIAKAN AKAL FIKIRAN,NAFSU DAN FUTRAH[NALURI] AGAR BOLEH BERFIKIR,MENERIMA ILMU PENGETAHUAN DAN BERKEHENDAK.

FIRMAN ALLAH BERMAKSUD: " Ssungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk
sebaik-baiknya" . [Surah At-tin: 4]

PROSES KEJADIAN INSAN.
Peringkat NUTFAH.
Sperma lelaki dan ovum perempuan bercantum dan disenyawakan di dalam rahim perempuan.

Peringkat ALAQAH.
Setelah 40 hari percantuman tersebut,nutfah akan menjadi segumpal darah beku[alaqah]. Pada peringkat ini seseorang ibu akan merasa pening,loya-loya dan sering muntah.

Peringkat MUDGHAH.
Selepas 40 hari, alaqah akan berubah menjadi seketul darah[mudghah]. Manusia pada peringkat ini belum sempurna tetapi telah terbentuk tangan,kepala, kaki dan tulang rusuk.

Peringkat PEMBENTUKAN TULANG DAN DAGING.
Selepas 40 hari berikutnya, daging[mudghah] akan membaluti tulang dan lembaga manusia akan ula terbentuk dengan jelas seperti otak,jantung,hati,kulit,limpa,dubur dan alat jantina.

Peringkat SETERUSNYA.
Setelah 40 hari kemudiannya,akan menjadi janin.. Pada peringkat ini,Allah SWT akan meniupkan roh ke dalam tubuh janin yang berusia 4 bulan dan telah bersaksikan bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Berkuasa.


Peringkat DILAHIRKAN KE DUNIA.
Apabila genap 9 bulan 10 hari,bayi tersebut akan dilahirkan ke dunia.

Ahad, 25 Julai 2010

PANDANGAN HIDUP ISLAM






RABBANIYYAH.

Rabbaniyyah bermaksud ketuhanan iaitu segala hukum ,konsep.prinsip,nilai dan peraturan yang terkandung dalam Islam adalah bersumberkan wahyu Allah SWT yang terkandung dalam Al_Quran dan HadisBermaksdu: " Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam"[Surah Ali Imran:ayat 19].


PRINSIP-PRINSIP RABBANIYYAH.

1.Islam merupakan agama yang diwahyukan oleh Allah SWT dan bukan agama yang dicipta-
kan oleh manusia.
2.Islam adalah satu peganganyang jitu,bersih daripada kekurangan,kejahilan dan
dorongan hawa nafsu.
3.Kepunyaan ALlah SWT iaitu ISLAM dan eluruh makhluk yang berada di alam ini dan
merupakan hak kepunyaan Allah SWT.
4.Allah sebagai pemberi peraturan hidup.

CARA MEMILIKI SIFAT RABBANIYYAH.

Sifat rabbaniyyah perlu dimiliki oleh setiap umat Islam untuk menjamin
kecermelangan hidup di dunia dan akhirat.

Cara memiliki sifat rabbaniyyah ialah ;
1. Beriman dan selalu yakin dengan segala rukun iman.
2. Mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
3. Berjihad dengan nyawa, harta benda dan fikiran untuk meninggikan syariat Islam.
4. Ajarannya bersifat kekal dan lengkap.
5. Bekerja dan berusahadengan bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah SWT.
6. Berakhlak dengan akhlak mulia dan terpuji.

Selasa, 18 Mei 2010

PERPADUAN UMMAH.



PERPADUAN TERAS KEMAJUAN
Sabda Nabi SAW"
" Janganlah kamu dengki mendengki,jangan tipu menipu,jangan benci membenci,jangan berpaling muka".

"Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara".

"Memadailah seseorang itu dianggap jahat apabila dia menghina saudaranya"

Perpaduan sangat penting bagi kestabilan bangsa dan negara. Mengekalkan perpaduan tanggungjawab setiap masyarakat.Semua umat Islam adalah bersaudara.

DOSA-DOSA YANG PERLU DIHINDARI


Dosa ialah balasan azab[azab] kerana tidak patuh kepada perintah Allah SWT.Siapakah orang yang digelar "Asi"? Asi ialah orang yang berakal dan baligh yang melanggar hukum Allah SWT.

Terangkan sebab-sebab atau faktor-faktor manusia melakukan dosa?
1. Jahil tentang agama.
2. Terpengaruh dengan kawan yang jahat.
3. Bersikap sombong atau angkuh kerana kekayaan dan pangkat.
4. Ingin hidup bebas tanpa batasan agama.
4. Tidak mengambil berat tentang peringatan azab di akhirat.

Nyatakan cara yang perlu dilakukan oleh seseorang yang telah melakukan dosa besar supaya terlepas daripada hukuman?
Hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha.

Bagaimana cara yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk melepaskan daripada dosa kecil yang telah dilakukan?
melakukan amlan fardu seperti mendirikan solat 5 waktu atau melakukan amalan sunat
seperti membaca Al-Quran.

DOSA-DOSA BESAR YANG PERLU DIHINDARI.
1. Menghina dan menderhaka terhadap Ibu Bapa.
2. Menipu dan berbohong.
3. Mencuri dan merompak[peras ugut,ragut].
4. Riba.
5. Mengumpat dan Memfitnah.

Ahad, 9 Mei 2010

IMAN MUTIARA HIDUP


Apakah maksud iman pada bahasa dan istilah?
Bahasa : mengakui, mengiktiraf dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya.
Istilah: membenarkan[iktikad] dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan
dengan anggota.

Nayatakan cara-cara yang perlu dilakukan bagi menambahkan iman?
1. Melakukan ibadah yang wajib dan sunat,
2. Meningkatkan ilmu.
3. Taat segala perintah Allah.
4. Membaca Al_quran, memahami dan menghayati kandungannya.
5. Menjadikan syariat Islam sebagai cara hidup.
6. Berxikir, bertahmid, bertasbih, bersyukur, berdos dan sebagainya.

Jelaskan ciri-ciri orang yang bertambah iman?
1. Banyak melakukan ibadah sunat seprti membaca al-Quran,qiamulail, bersedekah.
2. Sentiasa berzikir, bertahmid,tasbih,berdoa.
3. Muhasabah diri.
4. Selalu berfikir tentang kebesaran Allah.
5. Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan Rasulnya.
6. Istiqamah membaca Al-Quran.
7. Mengenali Allah.


Jelaskan sifat atau ciri orang yang beriman?
1. Qanaah/sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi.
2. Sentiasa ingat Allah/ Berjihad ke jalan Allah.
3. Redha menerima takdir Allah.
4. Sentiasa mengawal tindakan akal dan emosi.
5. Bertawakal pada Allah.
6. Ikhlas dalam ibadat dan amal.


Apakah maksud kemanisan Iman?
Berasa gembira dalam melakukan ibadah dan sanggup menanggung kesusahan demi
mendapat keredhaan Allah dan Rasulnya serta mengutamakan Allah dan Rasulnya daripada harta benda dunia.


Bilakah seseorang mukmin dapat merasakan kemanisan iman?
Perkara ini terdapat dalam diri;
1. Cintakan Allah dan Rasul melebihi segala-galanya.
2. Mengasihi sesama manusia kerana Allah.
3. Benci kepada kekufuran sebagaimana ia benci jika dihumban ke dalam neraka.
4. Benci kepada api neraka.

Ahad, 18 April 2010

Silaturrahim


Bersilaturrahim
membuka pintu ke syurga
dikurnia hidayah dan dikasihi Allah
Dari Abu Ayob Ansori RA bahawa ada orang bertanya Nabi
"Khabarkan kepada aku tentang satu amalan
yang memasukkan aku ke syurga"
Rasullullah bersabda " Apakah dia ada keperluan?
Beribadah kamu kepada Allah,jangan mempersekutukannya
dengan sesuatu apa pun,dirikan solat,
tunaikan zakat dan bersilaturrahim".

Hubungan dengan Allah,
Hubungan dengan manusia,
pasti menanti di syurga!

Sabtu, 10 April 2010

TAZKIRAH

SAJAK DARI HADIS NABI

Sabda Rasul " Nanti bakal terjadi banyak fitnah'
Orang yang duduk itu lebih baik daripada orang yang berjalan
Yang berjalan lebih baik daripada berlari
Apabila kekacauan itu berlaku
Fitnah bermaharaja
Maka sesiapa yang mempunyai unta kambing mengembalalah
dan sesiapa punyai tanah garaplah sebaiknya
Menghindar sehabis daya!

Fitnah itu musuh nyata.

HADIS QUDSI

BERSIN ADA HIKMAH DAN RAHSIANYA.

Berkata Anas RA bahawanya Nabi SAW telah bersabda :
Allah telah berfirman :
" Sesiapa sahaja orang mukmin yang bersin tiga kali berturut-turut melainkan akan menetap di dalam hatinya. [Riwayat Dailami]


Kita diajarkan apabila bersin hendaklah mengucapkan "Alhamdulillah"[bermaksud segala pujian bagi Allah]. Orang yang mendengar ucapan itu,hendaklah menbalas "Yarhaammukallah"[bermaksud moga-moga Allah merahmati anda].Lalu yang bersin pula menjawab "Yahdikallah" [bermaksud Allah memberi hidayat kepada kita dan anda].

Perhatikan ucapan-ucapan ini tentulah ada rahsia di sebaliknya.Nabi SAW tidak mengajarkan kita sesuatu dengan sia-sia.Semuanya adalah dari pengajaran Allah SWT.
Demikianlah,kalau dikatakan rahsianya itu "iman" yang menetap di hati, nescaya semua ucapan-ucapan itu memang tepat pada tempatnya, kerana ia mengandungi doa-doa yang baik-baik antara orang mukmin dengan mukmin yang lain.

Semoga Allah merahmati kita sekelian,Amin.

HADIS QUDSI

Kebaikan Orang Berkasih Sayang.


Berkata Mu'az bahawasanya Nabi SAW telah bersabda : ALLAH telah berfirman: Orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganKu, akan memperoleh mimbar-mimbar dari cahaya yang sangat dicita-citakan oleh para Nabi dan ahli syahid [Riwayat Tarmidzi].

Kasih sayang itu banyak ragamnya. Bermula dari kasih sayang ibu bapa kepada anak-anaknya,kasih sayang anak pula kepada ibu bapanya,kasih syang saudara kepada saudaranya,kasih sayang teman kepada temannya,,kasih sayang kepada orang yang dicintainya,kasih sayang hamba kepada PenciptaNya dan kasih sayang kepada Rasulnya.Seterusnya kasihh sayang binatang kepada anak-anaknya.

Semuanya adalah berlainan dan tertentu batasnya, malainkan kasih sayang Allah kepada Hamba-hambaNya, tentulah tiada terbatas dan tidak terputus-putus, jika hamba itu dapat merasainya.


Dalam bermacam kasih sayang ini, haruslah seorang hamba itu,, apabila mengasihi yang lain, letakkan kasih sayang itu kerana Allah SWT dan kerana keagunganNya. Tidak mengharap balasan daripada orang yang dikasihinya itu.


Justeru, jika hendak membuat sesuatu yang baik, niatkanlah kerana Allah SWT. Bukan kerana manusia atau kerana pangkat atau nama.Semoga kita mendapat kurnia yang tertinggi daripada Allah SWT.


Kasih sayang yang sempurna inilah yang sangat-sangat dihargai oleh Allah yang menjanjikan balasan yang tertingi berupa mimbar-mimbar daripada cahaya, sehingga para nabi dan para syahid mengharap-harap kalau mereka juga memperoleh balasan seperti itu daripada Allah SWT.

Isnin, 15 Mac 2010

Nur Hayat [2]


BERJABAT TANGAN.
Alangkah mudahnya mendapat kerahmatan Allah.Islam menjanjikan hidup sentiasa dalam kebaikan seandainya kita melaksanakan syariatnya.Rasullah SAW bersabda bahawa berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan dan merupakan sebab diampuni dosa-dosa. Hadis Nabi bermaksud " Tidaklah dua orang muslim yang saling bertemu kemudian bertabat tangan,melainkan diampuni dosa atas keduanya sebelum berpisah {Riwayat Abu daud,Turmizi dan Ibnu Majah]


MEMBUANG RINTANGAN DI JALAN

Membuang sesuatu di atas jalanan yang membahayakan kepada insan lain adalah satu bentuk kebaikan yang menghapuskan keburukan.Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasullah SAW bersabda mermaksud : " Ketika seseorang berjalan di suatu jalan,dia mendapatkan ranting di tengah jalan,lalu dia menyingkirkannya maka Allah memujinya lalu mengampuninya".

TAZKIRAH[ 2]


KEWAJIBAN MENJAUHI DARI MEMBERI GELARAN BURUK KEPADA INSAN LAIN.

Kewajiban ini berdasarkan firman Allah bermaksud :
" Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.[Larangan-larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka] amatlah buruknya sebutan nama fasik [kepada seseorang] sesudah ia beriman, dan [ingatlah], sesiapa yang tidak bertaubat [daripada perbuatan fasiknya] maka merekalah orang-orang yang zalim [ QS: Al-Hujurat : 11]

Rabu, 27 Januari 2010

TAZKIRAH


10 WASIAT ABU HASSAN ASY-SYAILY R.A. :

1. Jika kamu Allah SWT berikan kepadamu sifat warak,khusyuk dan tawaduk,jangan
izinkan matamu melihat perkara-perkara yang mendatangkan dosa dan lalai.
2. Jika kamu mahu kemanisan beribadah maka perbanyakkan berpuasa dan solat sunat.
3. Jika kamu mahu mendapat hikmah, maka tinggallah perkara yang tidak berfaedah.
4. Jika kamu mahu Allah SWT kurniakan kehebatan, jangan berseloroh dan ketawa.
Sebaliknya tidak putus mengingati Allah.[zikir]
5. JIka kamu mahu memperbaiki keaiban diri kamu maka jangan mengingati keaiban
orang lain.
6. Jika kamu mahu selamat dan aman daripada kejahatan maka tinggalkan buruksangka
terhadap sesiapa sahaja.
7. Jika kamu mahu Allah campakkan nur pada wajahmu maka istiqamalah bangun malam
untuk bertahajud.
8. Jika kamu mahu mendapat kemuliaan jangan kamu bergantung kepada manusia tetapi
bertawakal sepenuhnya kepada Allah SWT.
9. Jika kamu dikasihi maka sempurnakanlah hajat dan tolonglah saudaramu seislammu.
10. Jika kamu dosa-dosamu terhapus maka sentiasalah beristighfar[taubat] kepada
Allah SWT.

Khamis, 14 Januari 2010

Nur Hayat

masjid Rahmatillah,Lampu uk,Aceh.
Beradab Ketika berfikir.
Maksud: Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri,duduk dan ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi.[Merka mengatakan]: Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini sia-sia.Maha Suci Engkau,peliharalah dari seksaan nereka. [Surah Ali Imran 191]

Manusia dikehendaki mengingati Allah dengan berfikir tentang ciptaanNya dan menyakini bahawa Allah itu wujud dan Maha Agung. Akal mendorong manusia meningkatkan keimanan dan amal ibadat kepada Allah SWT.

Berfikir juga boleh menyesatkan seseorang daripada kebenaran atau boleh merosakkan akidah.Sabda Nabi SAW " DAripada Abu Zar RA daripada Nabi SAW bersabda: Berfikirlah kamu pada ciptaan Allah dan janganlah kamu berfikir tentang zat Allah SWT, nanti kamu akan binasa[dalam kesesatan].

Rabu, 13 Januari 2010

Pe Haba Aceh


Menjejaki Aceh pada tanggal 17 Disember 2009 yang lalu,banyak perubahan yang berlaku pantas setelah tsunami 2004.Rakyat Aceh kembali berkiprah.