IQRA.

Membaca memantapkan pemikiran.

Sabtu, 10 April 2010

HADIS QUDSI

Kebaikan Orang Berkasih Sayang.


Berkata Mu'az bahawasanya Nabi SAW telah bersabda : ALLAH telah berfirman: Orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganKu, akan memperoleh mimbar-mimbar dari cahaya yang sangat dicita-citakan oleh para Nabi dan ahli syahid [Riwayat Tarmidzi].

Kasih sayang itu banyak ragamnya. Bermula dari kasih sayang ibu bapa kepada anak-anaknya,kasih sayang anak pula kepada ibu bapanya,kasih syang saudara kepada saudaranya,kasih sayang teman kepada temannya,,kasih sayang kepada orang yang dicintainya,kasih sayang hamba kepada PenciptaNya dan kasih sayang kepada Rasulnya.Seterusnya kasihh sayang binatang kepada anak-anaknya.

Semuanya adalah berlainan dan tertentu batasnya, malainkan kasih sayang Allah kepada Hamba-hambaNya, tentulah tiada terbatas dan tidak terputus-putus, jika hamba itu dapat merasainya.


Dalam bermacam kasih sayang ini, haruslah seorang hamba itu,, apabila mengasihi yang lain, letakkan kasih sayang itu kerana Allah SWT dan kerana keagunganNya. Tidak mengharap balasan daripada orang yang dikasihinya itu.


Justeru, jika hendak membuat sesuatu yang baik, niatkanlah kerana Allah SWT. Bukan kerana manusia atau kerana pangkat atau nama.Semoga kita mendapat kurnia yang tertinggi daripada Allah SWT.


Kasih sayang yang sempurna inilah yang sangat-sangat dihargai oleh Allah yang menjanjikan balasan yang tertingi berupa mimbar-mimbar daripada cahaya, sehingga para nabi dan para syahid mengharap-harap kalau mereka juga memperoleh balasan seperti itu daripada Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan